30 August, 2009

Perbezaan Malaikat, Jin dan Iblis

MALAIKAT

Adalah Jisim Nurani (jisim yang sangat lembut/halus) dan ia boleh menyerupai dengan apa sahaja. Ia tidak bersifat seperti lelaki atau wanita dan ia sentiasa ta'at kepada perintah Allah. Ia mempunyai kudrat/kekuatan yang luar biasa. Ia tidak berkahwin dan tidak berzuriat dan ia tidak boleh dipanah atau ditembak.

JIN

Adapun Jin itu adalah daripada jisim-jisim api yang di bawah (dari api yang sangat panas). Jin boleh menyarupai apa saja yang dikehendakinya. Akan tetapi apabila ia menyarupai sesuatu kita boleh memanahnya dan ia boleh mati. Jin ada lelaki dan ada perempuan dan ia berkeluarga dan mempunyai zuriat. Diantaranya ada mu'min dan kafir

Hadis Rasulullah s.a.w :

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a: Mengenai firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Itulah mereka yang mendakwa bahawa mereka mencari jalan penghubung kepada Tuhannya. Siapakah di kalangan mereka yang paling dekat dengan Tuhan mereka dengan katanya: Ada sekelompok jin yang telah memeluk Islam, dan sebelum ini mereka disembah oleh manusia, maka orang-orang yang menyembah itu tetap sahaja menyembah mereka iaitu jin walaupun mereka iaitu jin tersebut telah memeluk Islam

SYAITAN/IBLIS

Adalah satu puak daripada kalangan Jin. Ia adalah dari gulungan yang murtad. Ketuanya adalah IBLIS, setiap yang durhaka dari kalangan Jin adalah syaitan. Tiap-tiap syaitan adalah Jin dan tiap-tiap Jin bukanlah Syaitan (mereka ini semua berketurunan).

Ayat dibawah ini adalah dalil yang menyatakan Malaikat itu boleh menyarupai apa sahaja yang dikehendaki dengan izin Allah.

Allah berfirman dalam surah Mariam ayat 17

Yang bermaksud: Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

Allah berfirman dalam surah Adz-Dzaariyaat 24 & 25

Yang bermaksud: Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.

Marilah kita sama-sama merujuk beberapa ayat Al-Qur'an yang berhubung dengan Jin itu ada yang mu'min. Sila lihat dalam surah Al-Ahqaaf, ayat 29, 30, 31 & 32, juz keduapuluh enam:

Yang bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam). "Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. "Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata"."Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata".

No comments:

Post a Comment

Hadrah Sekolah Rendah Kiarong

Game 1

Sembang2