Persediaan dan persiapan untuk menjalankan projek Bengkel Penyembelihan yang hendak dilaksanakan. Bah laju...laju...kaja....wawawawa
Persediaan terakhir demi memastikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna
Acara dimulakan...Imam Mahdini jadi juruacara cayalah Imam Mahdini ah..ada bakat terpendam jadi juruacara hehehe...n Hj Wafi bleh jadi Imam 2 coz ia membaca doa :)
Pengerusi Majlis Shahrizan ( Ketua Kuliah ) memberikan ucapan...hehehe ada tokoh jadi YDP sessi 2010/2011 ni ...
Bengkel disampaikan oleh Imam Hj Haslan...Tahniah kerana berjaya menyampaikan bengkel dengan sangat baik :)...walaupun dikira sebagai NAGA BESAR...hehehe org2nya ganya yg faham 2 k hahahaha
Jemputan-jemputan dan peserta-peserta bengkel yang hadir pada majlis berkenaan.
Jumaat, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama Jurusan Syariah sessi pengajian tahun 2 KUPU SB dan Jawatankuasa Persatuan Pelajar sessi 2009/2010 telahpun berkerjasama dan bergiat aktif mengadakan bengkel penyembelihan binatang mengikut hukum syara’ yang telah dijalankan di Surau Kolej berkenaan. Hadir sebagai tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Hj Rajid Bin Hj Abd Kadir, Ketua Unit Kerohanian KUPU SB bagi sama-sama mendengarkan dan seterusnya menyaksikan bengkel berkenaan. Turut hadir pada majlis tersebut juga Yang Mulia Ustaz Hj Yahya bin Apong selaku Dekan Hal Ehwal Pelajar KUPU SB.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah dan seterusnya ucapan daripada Pengerusi Majlis Yang Mulia Awg Shahrizan Bin Abdullah. Bengkel penyembelihan tersebut pula disampaikan oleh Yang Mulia Hj Haslan Bin Shahbudin salah seorang mahasiswa tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama jurusan Syariah yang juga sebagai fasalitator bengkel berkenaan.
Seramai lebih kurang 20 orang mahasiswa tahun 1 dan 2 mengikut bengkel berkenaan. Mereka juga berkesempatan untuk melihat secara lebih dekat lagi cara-cara penyembelihan dan seterusnya mereka sendiri berpeluang untuk melakukan proses penyembelihan tersebut, yang merupakan pengalaman yang berharga bagi mereka.
Majlis seterusnya ialah penyaksiaan mini pameran mengenai proses-proses penyembelihan binatang mengikut hokum syara’ hasil usaha dan sumbangan daripada Mahasiswa Program Ijazah berkenaan. Majlis diakhiri dengan penyampaian Cendrahati kenang-kenangan kepada tetamu kehormat majlis dan seterusnya disudahi dengan bacaan doa selamat yang telah dibacakan oleh Yang Mulia Hj Abd Wafi Bin Hj Amat.
















0 comments:
Post a Comment